Jaringan dalam

Jaringan dalam (deep web) merujuk kepad bahagian dalam Jaringan Sejagat yang langsung tidak diindekskan enjin carian Internet yang sedia ada[1] berbanding dengan "jaringan permukaan" (surface web) yang dapat dicapai semua pengguna Internet secara amnya.[2]Kandungan jaringan ini dapat diperoleh dan diakses melalui suatu URL atau alamat IP terus serta barangkalinya memerlukan kata laluan atau kaedah keselamatan lain untuk melepasi halaman awam.